Sebut Harga · Quotation

Sebut Harga Papan Pameran & Panel Pameran

Jana sebut harga rasmi dalam Bahasa Melayu atau English, sedia untuk kelulusan Guru Besar, Pengetua atau jabatan kewangan. Percuma, tanpa log masuk. Generate an official quotation for schools, government offices and companies.

Produk dipilih / Selected products

Memuatkan troli… / Loading cart…

Produk tiada dalam troli? / Items not in your cart?

Untuk saiz khas, kuantiti besar atau produk lain, hantar permintaan melalui WhatsApp. For custom sizes, bulk orders or other products, send us a request on WhatsApp.

Panduan Perolehan untuk Sekolah & Jabatan Kerajaan

Sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan jabatan kerajaan biasanya memerlukan sebut harga bertulis sebelum pembelian papan pameran atau panel pameran diluluskan. Sebut harga PapanPameran mengandungi nombor rujukan, butiran pelanggan, harga seunit, jumlah dan tarikh sah laku 30 hari.

  • Masukkan nama sekolah atau syarikat dan pegawai bertanggungjawab pada ruangan Attn / Department.
  • Jana sebut harga dan kemukakan kepada unit kewangan atau PPD untuk kelulusan.
  • Selepas kelulusan, hantar Pesanan Tempatan (LO) atau pesanan ePerolehan kepada kami melalui WhatsApp.

Keselamatan bayaran: Bayar hanya kepada RAMA DISPLAY, OCBC Bank 732 104 9966. Kami tidak akan menukar butiran bank melalui e-mel atau WhatsApp. Jika ragu-ragu, sahkan dengan kami melalui WhatsApp +60 12-226 0408 sebelum membayar.

Soalan Lazim (FAQ)

Berapakah kos untuk mendapatkan sebut harga?

+

Percuma. Tiada pendaftaran, log masuk atau bayaran diperlukan.

Berapakah tempoh sah laku sebut harga?

+

Sebut harga sah selama 30 hari dari tarikh ia dijana.

Adakah PapanPameran menerima Pesanan Tempatan (LO) dan ePerolehan?

+

Ya. RAMA DISPLAY berdaftar dengan ePerolehan Kementerian Kewangan (No. EP-0811F004N). Hantar sebut harga yang dijana kepada kami melalui WhatsApp (+60 12-226 0408) dan kami akan memproses LO atau pesanan ePerolehan anda.

Ke akaun bank manakah saya perlu membuat bayaran?

+

Bayar hanya kepada RAMA DISPLAY, OCBC Bank, nombor akaun 732 104 9966. Kami tidak akan menukar butiran bank melalui e-mel atau WhatsApp. Jika anda menerima butiran bank yang berbeza, sahkan dengan kami melalui WhatsApp sebelum membayar.

Siapakah pemilik PapanPameran.com?

+

PapanPameran.com ialah jenama milik RAMA DISPLAY (SSM 202103234898, No. ePerolehan Kementerian Kewangan EP-0811F004N), dengan kilang dan pejabat di Pulau Melaka, Melaka.

Bagaimana dengan kos penghantaran?

+

Kos penghantaran adalah tetap bagi setiap set, mengikut produk dan kawasan. Panel Pameran Lipat (Smart Folding): percuma ke Semenanjung Malaysia, RM350 ke Sabah, Sarawak dan Labuan, RM250 ke Singapura dan RM550 ke Brunei. Papan Pameran Meja (Tabletop): percuma ke Semenanjung Malaysia. Papan Pameran Besar 4 Panel Tinggi Penuh: percuma ke Semenanjung Malaysia. Papan Kenyataan Mudah Alih, Panel Pameran Ekonomi, Panel Pameran Beroda (Mobile Display Partition) dan Lambo Panel: RM150 ke Semenanjung Malaysia sahaja. Kos dikira secara automatik apabila anda masukkan poskod di troli.